SPORTS AVIATION TOWARDS SEA GAMES MALAYSIA 2027
TOWARDS SEA GAMES MALAYSIA 2027
On 16 June 2026, at the Olympic Council of Malaysia (OCM), Kuala Lumpur, the Malaysia Sports Aviation Federation (MSAF) was honoured to participate in the official interview and selection session conducted by MASOC for the inclusion of Paragliding and Paramotor in the sports programme of the 34th SEA Games Malaysia 2027.
MSAF was represented by:
• Mr. Nurhaqimy Ismail – President
• Mr. Enon Liwon – Secretary General
• Mr. Rohaizi – Vice President
• Mr. Danish – Deputy Secretary General
This session represents the final assessment and review stage before the official announcement of the additional sports to be included in the SEA Games Malaysia 2027 programme.
During the session, MSAF presented the growth and achievements of Malaysian sports aviation, athlete development pathways, technical capabilities, event delivery readiness, and the strong regional participation that continues to drive these disciplines forward across Southeast Asia.
A key highlight of the proposal is Kuala Kubu Bharu, Selangor, one of Southeast Asia’s premier flying destinations, proposed as the competition venue. Renowned for its world-class flying conditions and extensive experience in hosting international competitions, Kuala Kubu Bharu offers an ideal stage for SEA Games airsports competition.
The proposal features six medal events across three disciplines:
• Paragliding Accuracy
• Paragliding Cross Country
• Paramotor Classic
These events will showcase the highest levels of precision, strategy, endurance and flying skill while providing a unique and spectacular sporting experience for athletes, spectators and the region.
MSAF remains confident that Paragliding and Paramotor fulfil the key criteria of regional participation, medal competitiveness, technical readiness, cost-effectiveness and international recognition required for inclusion in the SEA Games programme.
The inclusion of Paragliding and Paramotor would mark a significant milestone for sports aviation in Southeast Asia and reflect the continued growth of these disciplines within the ASEAN sporting community.
MSAF extends its sincere appreciation to MASOC, the Ministry of Youth and Sports (KBS), National Sports Council (MSN) and Olympic Council of Malaysia (OCM) for the opportunity to present our vision and for their unwavering commitment to the advancement of Malaysian sport.
Together, we look forward to elevating Malaysian airsports and inspiring a new generation of athletes as we continue our journey towards SEA Games Malaysia 2027.
From the skies of Kuala Kubu Bharu to the sporting stage of Southeast Asia — let us soar higher together.
——————————————————————————————————————————————————————————-
MENUJU SUKAN SEA MALAYSIA 2027
Pada 16 Jun 2026, bertempat di Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Kuala Lumpur, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) telah diberi penghormatan untuk menyertai sesi temu duga dan pemilihan rasmi yang dikendalikan oleh MASOC bagi pertimbangan penyertaan Paragliding dan Paramotor dalam program pertandingan Sukan SEA Malaysia Ke-34 Tahun 2027.
MSAF telah diwakili oleh:
• En. Nurhaqimy Ismail – Presiden
• En. Enon Liwon – Setiausaha Agung
• En. Rohaizi – Naib Presiden
• En. Danish – Penolong Setiausaha Agung
Sesi ini merupakan peringkat penilaian dan semakan terakhir sebelum keputusan rasmi diumumkan bagi sukan-sukan tambahan yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam program Sukan SEA Malaysia 2027.
Dalam sesi tersebut, MSAF membentangkan perkembangan dan pencapaian sukan udara Malaysia, laluan pembangunan atlet, keupayaan teknikal, kesiapsiagaan penganjuran pertandingan serta penyertaan aktif negara-negara serantau yang terus memacu pertumbuhan disiplin ini di Asia Tenggara.
Salah satu fokus utama cadangan adalah Kuala Kubu Bharu, Selangor, yang dicadangkan sebagai venue pertandingan. Dikenali sebagai antara lokasi penerbangan terbaik di Asia Tenggara, Kuala Kubu Bharu mempunyai rekod cemerlang dalam penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa serta menawarkan kondisi penerbangan bertaraf dunia yang sesuai untuk acara sukan udara di peringkat Sukan SEA.
Cadangan yang dikemukakan merangkumi enam acara pingat melibatkan tiga disiplin utama:
• Paragliding Accuracy
• Paragliding Cross Country
• Paramotor Classic
Acara-acara ini akan mengetengahkan tahap ketepatan, strategi, ketahanan dan kemahiran penerbangan yang tinggi, di samping menawarkan pengalaman sukan yang unik dan menarik kepada atlet, penonton serta komuniti sukan serantau.
MSAF yakin bahawa Paragliding dan Paramotor memenuhi kriteria utama penyertaan sukan dalam Sukan SEA, termasuk penyertaan serantau yang kukuh, potensi pungutan pingat, kesiapsiagaan teknikal, kos penganjuran yang efisien serta pengiktirafan antarabangsa.
Penyertaan Paragliding dan Paramotor dalam Sukan SEA 2027 bakal menjadi satu pencapaian penting bagi sukan udara di Asia Tenggara serta mencerminkan perkembangan positif dan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap disiplin ini dalam komuniti sukan ASEAN.
MSAF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MASOC, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) atas peluang yang diberikan untuk membentangkan visi dan perancangan kami, serta atas komitmen berterusan mereka dalam memajukan arena sukan negara.
Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan untuk mengangkat sukan udara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan menginspirasikan generasi atlet masa hadapan dalam perjalanan menuju Sukan SEA Malaysia 2027.
Dari langit Kuala Kubu Bharu ke pentas sukan Asia Tenggara — ayuh kita terbang lebih tinggi bersama.
#RoadToSEAGames2027 #SEAGames2027 #MSAF #MalaysiaSportsAviationFederation #ParaglidingMalaysia #ParamotorMalaysia #AirSports #KualaKubuBharu #MASOC #KBS #MSN #OCM #TeamMalaysia #MalaysiaBoleh
