Young Drone Pilot Program ‘TRIAL’
Young Drone Pilot Program TRIAL
1-2hb Julai 2022 (Jumaat, Sabtu), Young Drone Pilot Program (YDPP) adalah suatu inisiatif oleh Perseketuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) yang bertempat di Pusat Operasi MSAF Selatan, Iskandar Drone Robotic Zone (IDRZ), Johor. YDPP kini dijalankan secara percubaan bagi anak muda Johor dengan sokongan IIB dan rakan strategik Kelab Remaja Udara Malaysia ditaja oleh DHL Express Malaysia.
YDPP adalah suatu bentuk gabungan aktiviti sukan udara drone dan STEM dalam memberi pendedahan awal kepada anak muda Johor kepada industri drone dunia.
Hebat anak muda Johor! Dalam masa dua hari kelas fizikal berlangsung, pelajar-pelajar bukan sahaja mampu melakukan pemasangan komponen-komponen drone, malah mahir melakukan drone programming. Drone yang telah kemas siap dipasang, akan diterbangkan oleh pelajar secara hands-on. Keseluruhan program berjaya memberikan kefaham kepada konsep sebenar drone merangkumi teknikal komponen drone, pemasangan, pengendalian drone dan juga Team Work.
Pelajar-pelajar amat berpuas hati dan teruja diberi peluang merasai sendiri secara langsung berkenaan drone. Pelajar dan guru sekolah sebulat suara menyatakan hasrat supaya program ini dapat diteruskan diperingkat sekolah dan komuniti.
Adalah besar harapan MSAF dan KRUM mendapat mandat penuh agar dapat memajukan bakat-bakat muda Johor terutama dalam sukan udara drone dan teknologi drone demi masa depan .