PERJUMPAAN GENERAL AVIATION BERSAMA CAAM MENGENAI SISTEM PERLESENAN LIGHT SPORT AIRCRAFT (LSA) DI MALAYSIA
Pada 1hb Julai 2022 (Jumaat), MSAF telah menghadiri sesi mesyuarat dan perbincangan bersama CAAM di ibu pejabat CAAM, Putrajaya.
Mesyuarat ini diwakili oleh Presiden , ‘VP General Aviation’ dan ‘Head of regulation’ bertujuan untuk membincangkan Kaedah-Kaedah Pentauliahan Tahap Kecekapan Juruterbang Light Sport Aircraft (LSA) di Malaysia. MSAF dan CAAM akan bekerjasama erat dalam memperkukuhkan dan memperbaharui sistem lesen penerbangan LSA di Malaysia agar dapat memudahkan akiviti penerbangan sukan udara dengan selamat. Turut dibincangkan dalam minit mesyuarat mengenai kertas cadangan Malaysian Sport Pilot Certificate (MSPC).
Langkah ini amat perlu dititik beratkan agar dapat meningkatkan sistem perlesenan LSA secara lancar dan menggalakan orang ramai untuk turut serta mempelajari lesen penerbangan LSA.
Dengan ini diharapkan MSAF dan CAAM dapat melahirkan juruterbang baru terutama dalam sukan udara.
Disediakan oleh:
Syafiq Bahri
VP General Aviation
MSAF