Perjumpaan Bersama Menteri Belia dan Sukan
Acara tahunan yang dijadualkan berlangsung pada 25 oktober sehingga 30 oktober 2022 yang akan diadakan di Perak telah menarik minat lebih dari 20 buah negara yang ingin menyertainya. MSAF telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang bertindak sebagai pengerusi bersama dalam penganjuran kali ini.
Selain itu, President MSAF juga menyampaikan visi MSAF kepada Menteri KBS iaitu menjadikan Malaysia sebagai Sports Aviation Hub di ASEAN dari segi perlesenan, akademi sukan, dan industri pembuatan. Yb Menteri juga amat berminat dengan pembangunan sukan dron yang berkembang pesat pada era ini.
Semoga dengan kerjasama ini juga akan turut serta melibatkan agensi – agensi bukan kerajaan dan bekerjasama bagi merealisasikan acara tersebut dengan jayanya dengan harapan Malaysia dikenali sebagai hub sukan udara yang berprestij di mata dunia.
,

