Deprecated: Hook jetpack_pre_connection_prompt_helpers is deprecated since version jetpack-13.2.0 with no alternative available. in /home/msafgovm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6031
Northen Tour Paramotor Funfly -
20
JAN
2022

Northen Tour Paramotor Funfly

Posted By :
Comments : 0

Kangar , 20 JANUARI 2022 – Sebuah Karnival Northen Tour Paramotor Funfly telah diadakan di tapak projek pembangunan Kangar Jaya Seriab, Perlis. Acara yang berlangsung pada 14 hingga 16 Januari itu telah berjaya menghimpunkan seramai 68 Juruterbang Paramotor di seluruh Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Gabungan Kelab Paramotor Bahagian Utara yang terdiri daripada Kelab Paramotor Flyhigh Perlis, Kelab Paramotor Northern Sungai Petani dan Kelab Paramotor Sitiawan atas kejayaan mereka dalam mengendalikan acara ini sebagai pembuka acara sukan penerbangan bagi tahun 2022.

Antara objektif acara ini diadakan adalah untuk dijadikan salah satu platform bagi para juruterbang paramotor berhimpun berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kemahiran navigasi ketika mengendalikan paramotor serta lebih berdisiplin dalam acara penerbangan secara berkumpulan.

Menyambut seruan kerajaan dalam menyemarakkan semula aktiviti riadah secara berperingkat dengan mematuhi garis keselamatan covid-19 yang ditetapkan, acara yang julung kali diadakan ini telah memberi peluang kepada para peminat sukan udara paramotor untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka di samping dapat menikmati pemandangan indah dari ruang udara negeri Perlis.

Berikutan dari sambutan yang memberangsangkan ini, pihak kerajaan negeri Perlis memberikan sokongan penuh terhadap pihak penganjur agar acara seperti ini dapat dijalankan dengan lebih aktif di masa akan datang disamping dijadikan tarikan buat para pelancong di negeri Perlis serta akan meneliti sumbangan yang boleh diberikan dalam membangunkan industri ini.