MSAF meterai MOU bersama Vietwings Hanoi
Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) melebarkan sayapnya selepas menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Vietwings Hanoi (VWHN), kelab sukan udara di Vietnam.
Ini merupakan kali pertama MSAF menerima sebuah kelab sukan luar negara sebagai ahli bersekutu badan induk sukan udara itu.
MoU itu di ditandatangani Presiden MSAF Nurhaqimy Ismail dan Presiden VWHM, Pham Quang Tuan pada 28 Mei 2022 di Ibu Pejabat VWHN di Hanoi.
Menurut Presiden MSAF Nurhaqimy Ismail, perjanjian dua hala ini juga untuk mengeratkan
hubungan dan kerjasama antara negara serantau demi pembangunan sukan udara di ASEAN.
Antara lain MoU itu mengandungi persefahaman dalam usaha meningkatkan perkongsian
maklumat dalam pembangunan sukan udara di antara Malaysia dan Vietnam. Ia turut meliputi kerjasama dari segi latihan teknikal, keselamatan, pelesenan serta penganjuran acara sukan udara terutama sukan drone, paragliding dan paramotor.
Vietwings Hanoi merupakan satu-satunya kelab sukan udara di Vietnam yang mempunyai kira-kira 200 penggiat sukan udara aktif.