Hari Anggota Bomba Sedunia
Comments : 0
Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) berbesar hati atas kepecayaan yang diberikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang ketika sambutan pada 22 Mei lalu.
Seramai 16 juruterbang MSAF telah melakukan lintas hormat “Flypass” dengan formasi selama kira-kira 3 minit sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh JBPM.