Deprecated: Hook jetpack_pre_connection_prompt_helpers is deprecated since version jetpack-13.2.0 with no alternative available. in /home/msafgovm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078
KURSUS ASAS PARACHUTING SIRI 1 & 2/2022 KBS – MSAF -
21
DEC
2022

KURSUS ASAS PARACHUTING SIRI 1 & 2/2022 KBS – MSAF

Posted By :
Comments : 0

29, 30 November 2022 & 6, 7 Disember 2022

Jabatan Belia Sukan Negeri Wilayah Persekutuan KL, Bukit Kiara.

     Seramai hampir 60 orang peserta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyertai program ini yang pada julung kali diadakan dengan penglibatan dari kakitangan setiap Jabatan Belia Sukan Negeri dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dan turut diundang wakil artis dari SENIMAN iaitu Pablo Amirul & Lt. Bersekutu (PA) Ezlynn Ariffin.

     Kursus ini dikendalikan oleh VP Parachuting, Sdr. Haziq bersama tim divisyen iaitu Sdr. Mukhlis dan Cik Dhiya. Melalui sesi ini peserta diberi taklimat pengenalan asas sukan payung terjun, disiplin dan peraturan sukan payung terjunserta norma aktiviti sukan ini sama ada didalam atau diluar negara.

     Pada sesi petang pula, peserta diberi peluang untuk melakukan simulasi lapangan asas payung terjun (basic drill parachuting) disamping mengenal jenis peralatan penerjunan selain merasai beban peralatan yang dipikul oleh seorang penerjun ‘skydiver’.

     Sesi simulasi tertutup (indoor skydiving) telah dijalankan pada hari kedua setiap siri bertempat di WINDLAB Indoor Skydiving One Utama, Damansara. Setiap peserta diberi peluang untuk menjalani latihan simulasi penerjunan bersama 2 orang jurulatih didalam balang udara (wind tunnel).

     Jurulatih berpengalaman mengendalikan sepenuhnya latihan peserta yang kebanyakan mencuba aktiviti ini untuk pertama kali. Melalui sesi simulasi tertutup, peserta diberi pendedahan bagaimana latihan penerjun bebas dilakukan dalam bentuk formasi, bentuk kawalan badan dan keseimbangan badan. Sebanyak 6 kumpulan dijalankan pada sesi ini dan setiap peserta berjaya menamatkan sesi masing-masing dengan baik.

     Majlis penyampaian sijil bagi siri 1/2022 telah disempurnakan oleh Presiden MSAF Mohd Nurhaqimy bin Mohd Ismail, Encik Tony Azman bin Hassan selaku Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Kementerian Belia dan Sukan, En. Mohd Azzam bin Azmi, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Kementerian Belia dan Sukan dan Sdr.  Haziq bin Azlan (VP Parachuting MSAF).

     Manakala, penyampaian sijil bagi siri 2/2002 pada tarikh 7 Disember 2022 telah disempurnakan oleh Presiden MSAF Mohd Nurhaqimy bin Mohd Ismail bersama Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Sdr, Haziq bin Azlan (VP Parachuting) MSAF.

     Melalui ucapan Presiden MSAF, beliau mengharapkan program ini dapat dilaksanakan pada lain waktu dengan sasaran lebih meluas disetiap divisyen sukan udara MSAF dan beliau turut menyatakan ucapan terima kasih kepada warga Kementerian Belia dan Sukan yang banyak menyokong serta memberi kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. 

     Semoga dengan tercetusnya dua siri ini akan membuka minat lebih ramai belia untuk menyertai aktiviti seperti ini selain mengembangkan pembangunan sukan udara di Malaysia.

more photos