KUNJUNGAN HORMAT KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK
21 February 2022, Presiden, Setiausaha Agung, VP Paramotor dan AJK Paramotor mengadakan
kunjungan hormat ke Pangkalan Udara Gong Kedak dan mengadakan
perbincangan bersama Lt Kol Wan Mohd Firdaus Bin Wan Mohd Daud berkaitan
aktiviti sukan udara yang dijalankan sekitar Kawasan pangkalan udara dan ruang
udara tentera. Kunjungan ini juga disertai oleh Ahli MSAF iaitu Kelab 3A dan Flysokmo.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memurnikan fahaman bersama penggunaan ruang udara di daerah berkenaan diantara RMAF dan ahli MSAF yang bergiat di situ iaitu paragliding di bukit BUBUS, Terengganu dan Paramotor di Pasir Puteh Kelantan.
Perbincangan ini membuahkan hasil yang amat positif dan kerjsama dari Pengkalan Gong Kedak untuk penggiat sukan udara di Kelantan dan Terengganu.