Deprecated: Hook jetpack_pre_connection_prompt_helpers is deprecated since version jetpack-13.2.0 with no alternative available. in /home/msafgovm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078
Accuracy Training Camp -
27
FEB
2022

Accuracy Training Camp

Posted By :
Comments : 0

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kelab Sukan Rekreasi Luncur Udara Pantai Merdeka (KLUPM) atas kejayaan mereka menganjurkan acara Accuracy Training Camp Pantai Merdeka di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.

Acara yang berlangsung dari 25 – 27 Februari ini telah dirasmikan oleh IR Kamaruddin bin Salleh, Naib Presiden Jawatankuasa Paragliding MSAF. Turut hadir memeriahkan acara, ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim dan Pembantu Peribadi Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Taufiq Johari.

Acara Accuracy Training Camp Pantai Merdeka disambut meriah bersama penduduk sekitar dan berjaya mengumpulkan 31 orang peserta yang rata-ratanya terdiri dari penggiat baru dalam sukan paragliding di Malaysia.

Penubuhan KLUPM yang masih baru dalam komuniti sukan Paragliding Malaysia tidak menghalang mereka untuk mencapai salah satu objektif utama acara iaitu memperkenalkan salah satu kategori pertandingan sukan paragliding – Accuracy kepada para peminat sukan paragliding di Malaysia.

Aktiviti Paragliding kini dilihat bukan sahaja sebagai aktiviti sukan riadah, tetapi juga sebagai salah satu kategori pertandingan sukan yang boleh diceburi di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Diharapkan acara seperti ini dapat digiatkan dengan lebih aktif di masa akan datang dalam menjadikan Pantai Merdeka sebagai antara lokasi terbaik bagi penggemar sukan paragliding di Malaysia mahupun di Luar Negara seterusnya secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.