Deprecated: Hook jetpack_pre_connection_prompt_helpers is deprecated since version jetpack-13.2.0 with no alternative available. in /home/msafgovm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6031
KUNJUNGAN HORMAT VP PARAMOTOR KE FEDERASI AERO SPORT INDONESIA PROVINSI SUMATERA UTARA -
09
FEB
2023

KUNJUNGAN HORMAT VP PARAMOTOR KE FEDERASI AERO SPORT INDONESIA PROVINSI SUMATERA UTARA

Posted By :
Comments : 0

2 Februari 2022, Senior VP MSAF merangkap VP Paramotor Supt Mohamad Fadzli Abd Aziz mengadakan kunjungan hormat ke Federasi Aero Sport Indonesia Provinsi Sumatera Utara (FASI Sumatera Utara) yang diketuai oleh Ketua Harian Lt  Col .Dr.Ahmad Rusly Purba bagi mengadakan perbincangan bersama mengenai kerjasama antara FASI Sumatera Utara dan MSAF.

Kunjungan ini juga bertujuan bagi membincangkan hala tuju bersama berkaitan Kejohanan AFA Asian League bagi sukan Paramotor dan Paralayang dalam mengadakan latihan bersama bagi meningkatkan kemahiran atlit dan pegawai pertandingan kedua-dua buah negara.

Pada kesempatan ini, pihak MSAF juga menjemput FASI Sumatera Utara bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Paramotor 2023 yang akan diadakan pada 10 sehingga 12 Mac 2023 ini yang berlangsung di Seriab, Perlis.

Pihak MSAF juga dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak FASI Sumatera Utara kerana menerima kunjungan hormat Senior VP MSAF.

Diharap kerjasama diantara kedua-dua badan sukan ini akan memberi manfaat kepada semua penggiat sukan udara.

Majulah Sukan Udara Malaysia.