Deprecated: Hook jetpack_pre_connection_prompt_helpers is deprecated since version jetpack-13.2.0 with no alternative available. in /home/msafgovm/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078
JERAI XC CAMP -
29
MAR
2022

JERAI XC CAMP

Posted By :
Comments : 0

Pada 25 – 27 March PERSEKUTUAN SUKAN UDARA MALAYSIA (MSAF) Paragliding PG telah menganjurkan satu acara Jerai XC Training Camp yang bertempat di Gunung Jerai Paragliding Park Kedah Malaysia. Program ini adalah kesinambungan daripada latihan Penerbangan Paragliding Jarak Jauh atau lebih dikenali sebagai Cross Country (XC) kepada pilot-pilot paragliding yang telah memiliki lesen paragliding tahap 1, 2 dan ke atas iaitu PL1 and PL2.

Program ini telah di Kendalikan oleh ketua bahagian XC , Khairul Hakimin dan disertai seramai 42 orang Peserta. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Luncur Udara Gunung Jerai bersama MSAF dan di rasmikan oleh President MSAF , Nurhaqimy Ismail. Objektif utama acara ialah untuk memperkenalkan aplikasi XC TRACK iaitu aplikasi yang penting semasa melakukan Penerbangan XC. Selain itu’ Basic Meteorology’,’ Soft Skills’ dan Teknik lanjut kawalan paragliding semasa melakukan penerbangan paragliding dengan lebih selamat. Semasa latihan juga Pihak Kelab Luncur Udara Gunung Jerai juga telah menjemput tetamu khas Pegawai Bomba Kanan ll ( Tuan Sazali Bin Abdul Muzid ) untuk memberi penekanan dan pencerahan mengenai (Teknik-Self Rescue) sekiranya berlaku pendaratan kecemasan di tempat tinggi terutamanya pokok kepada pilot paragliding itu sendiri.

Hasil Pencapaian Acara ialah majority peserta berjaya menyelesaikan latihan Penerbangan XC melalui tugasan aplikasi XC TRACK yang telah di pantau oleh Khairul Hakimin Kamarulzaman (MSAF Athletic Development Cross Country). Harapan Utama Kami ialah MSAF dapat memupuk dan melahirkan ramai Pilot.2 paragliding yang berkualiti dalam membuat penerbangan XC dengan selamat.

About the Author