*all official MSAF license are available in mobile application ‘SAMS SPORTS AVIATION’
Companies registered under act 2016(ACT 777) are required to provide registration certificate, insurance coverage, sanction from National Sports governing body and have to comply to Kod Sukan Selamat– Ministry of Youth and Sports.
Malaysian Law ACT 576
(AKTA PEMBANGUNAN SUKAN
1997)
SUBSEKSYEN 36
Syarikat hendaklah memohon untuk mendapatkan lesen untuk beroperasi 36. (1) Sesuatu syarikat tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti sukan atau dalam apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan sukan, yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan, melainkan jika ia dilesenkan untuk berbuat demikian oleh Pesuruhjaya.
(2) Lesen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikenakan fi dan apa-apa syarat yang difikirkan oleh Pesuruhjaya patut dikenakan.
(3) Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian, membatalkan lesen yang
dikeluarkan kepada suatu syarikat di bawah seksyen ini setelah memberi syarikat itu peluang untuk membuat representasi kepadanya.
(4) Mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(5) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa lain bagi syarikat itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusannya― (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat itu; dan (b) jika syarikat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan― (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.