Kepada: Semua Atlet Paramotor yang Berpotensi
Tarikh: 27 May 2025
Perkara: Pemilihan Atlet Paramotor untuk Sukan SEA ke-33 di Thailand Pada Disember 2025

Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) sedang dalam proses
pemilihan atlet paramotor untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA ke-33 yang akan diadakan di
Thailand.
Bagi tujuan ini, kami memerlukan maklum balas serta minat daripada atlet-atlet yang berminat
untuk menyertai pertandingan gaya klasik (classic style) dan berhasrat menjadi atlet kebangsaan.
Selepas mendapatkan maklumbalas, pemilihan atlet secara adil akan dijalankan.

Pastikan maklumat yang diberikan tepat dan lengkap. Tarikh tutup mengisi dan menghantar borang survey adalah pada 5 June 2025. Kerjasama dan komitmen anda amat kami hargai. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi: Shakira Azman (+60122104828)

 Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

 Shakira Azman

 Head of Sports & Athlete Development 

 Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF)