PELANTIKAN NAIB PRESIDEN PARAMOTOR MSAF BAHARU

Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) telah mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) bagi sesi tahun 2022-2023 pada 23 November yang lalu bertempat di Skypark Subang.

Dalam AGM kali ini Tuan Mohamad Fadzli Bin Abd Aziz telah dilantik untuk menggalas jawatan Naib Presiden Paramotor MSAF yang baharu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamad Fadzli di atas lantikan ini daripada seluruh warga paramotor Malaysia.

Diharap dengan lantikan ini tuan dapat merangka, menjalankan aktiviti-aktiviti dan menaikkan nama paramotor di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Majulah Sukan Paramotor Malaysia