Ucapan VP Paramotor

Terima kasih di atas kehadiran para peserta Bengkel Pengurusan Pertandingan Paramotor ( Atlet & Marshall) pada sesi ke 3, 23 Mac 2021.
.
Untuk sesi ini ada peningkatan pemahaman n sesi soal jawab secara interaktif.
.
Terima kasih HR ucapkan kepada para fasilitator kerana sudi membenarkan bengkel ini dirakam n boleh ditonton pada bila bila masa. Inilah kelebihan menjadi ahli berdaftar MSAF.
.
Terima kasih juga HR ucapkan kepada SU kerana berjaya merakam bengkel ini untuk simpanan n rujukan masa depan.
.
Justeru HR menjemput tuan puan menonton bengkel ini dan menjemput tuan puan menjadi ahli keluarga MSAF.
.
Kita berjumpa di kelas akan datang pada 30 mac 2021.
.
Majulah Sukan Paramotor Malaysia
.
Hafizal Ramli
Naib Presiden MSAF (Paramotor)
Persekutuan Sukan Udara Malaysia

Pautan untuk rujukan semua.

https://screenrec.com/share/L0RwrkdTQs

Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor (Atlit & Marshall)

23/3/2021 (Selasa)

Jawatankuasa Pembangunan Pertandingan Paramotor MSAF telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor: Atlit & Marshall Siri 2 dari jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini melalui aplikasi Google Meet yang dihoskan oleh Encik Rohaizi Md Hussin.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi mutu pertandingan paramotor di Malaysia pada masa akan datang.

Afif Azry

Setiausaha AJK Paramotor

 

Link video kelas untuk rujukan.

https://screenrec.com/share/L0RwrkdTQs

Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor (Atlit & Marshall)

16/3/2021 (Selasa)

Jawatankuasa Pembangunan Pertandingan Paramotor MSAF telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor: Atlit & Marshall Siri 2 dari jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini melalui aplikasi Google Meet yang dihoskan oleh Encik Andika Mountnear.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi mutu pertandingan paramotor di Malaysia pada masa akan datang.

Afif Azry

Setiausaha AJK Paramotor

Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor (Atlit & Marshall)

9/3/2021 (Selasa)

Jawatankuasa Pembangunan Pertandingan Paramotor MSAF telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor: Atlit & Marshall Siri 1 dari jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini melalui aplikasi Google Meet yang dihoskan oleh Encik Rohaizi Md Hussin.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi mutu pertandingan paramotor di Malaysia pada masa akan datang.

Afif Azry

Setiausaha AJK Paramotor

Kepada Sinar Harian: mohon betulkan kembali ralat gambar berita berkenaan

Kenyataan Media:

Kepada Sinar Harian: mohon betulkan kembali ralat gambar berita berkenaan
.
Merujuk perkara di atas dan link yang dilampirkan di bawah, dengan ini saya sebagai Naib Presiden MSAF ( Paramotor) ingin menyatakan gambar contoh yang diberi berkaitan insiden tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan masyarakat.
.
Gambar ralat yang dipaparkan itu adalah jenis Paramotor (foot launch) manakala insiden berlaku adalah jenis Powered Hang Glider.
.
Mohon maklum dan ambil tindakan pembetulan selanjutnya.
.
Sekian, terima kasih.
.
Majulah Sukan Udara Malaysia
.
Hafizal Ramli
Naib Presiden MSAF (Paramotor)
Persekutuan Sukan Udara Malaysia
www.msaf.org.my
.
Dilampirkan link berita berkenaan:
https://www.sinarharian.com.my/article/126386/BERITA/Semasa/Lelaki-cedera-paraglider-peribadi-terhempas
.
Bernama :
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=1936582
.
Kosmo:https://www.kosmo.com.my/2021/03/01/lelaki-cedera-paraglider-terhempas/