Bengkel Online Pengurusan Pertandingan Paramotor : Atlet & Marshall

Sukacita dimaklumkan Tuan / Puan dijemput menyertai Bengkel Bersiri Secara Online seperti maklumat berikut:
.
Tajuk : Pengurusan Pertandingan Paramotor : Atlet & Marshall
Tarikh : 9, 16, 23 & 30 Mac 2021 (selasa)
Masa : 9.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Online Google Meet ( link akan diberi 30 minit lebih awal untuk persediaan )
Fasilitator : En Rohaizi dan En Andika MountNear
Anjuran : Ahli Jawatankuasa Pertandingan , Jawatankuasa Paramotor MSAF
Objektif :
1.Pendedahan peserta dengan format pertandingan mengikut standard FAI.
2.Pemilihan calon – calon Marshall untuk pertandingan paramotor di Malaysia.
3. Pemilihan bakal – bakal peserta yang ingin mewakili kelab / organisasi ke pertandingan paramotor peringkat dalam negara dan luar negara.
.
Yuran : FOC.
Penyertaan : Terbuka. Semua dijemput menyertainya.
.
Sebahagian keperluan sebelum pembelajaran seperti berikut:
1. Download dan print Task Catalog dan Local Regulation yang akan diberi. Untuk Pembelajaran kita akan menggunapakai task Catalog AOPC2015. Download di sini :
http://wiki.fai.org/display/cima/2015+AOPC+Kuala+Terengganu
2. Pen atau Pensil untuk mengambil nota. Tulis sahaja semua nota dan QnA atas task catalog.
3. Digalakkan untuk download Section 10 dan General section FAI untuk rujukan. Download di sini:
http://wiki.fai.org/display/cimaS10/Section+10+sub-committee
.
-Setiap peserta yang menghadiri setiap sesi bengkel ini akan menerima surat pengesahan kehadiran tercatit tarikh-tarikh bengkel berkenaan.
.
-Peserta yang hadir kesemua sesi bengkel akan dipertimbangkan untuk menyertai bengkel bersemuka seterusnya iaitu simulasi dan latihan :
1. peranan Marshall mengikut standard FAI
2. pendedahan format pertandingan mengikut standard FAI untuk pilot paramotor
.
-Tarikh penyertaan bengkel dibuka bermula 27 Feb 2021 dan ditutup pada 7 Mac 2021 jam 5.00 petang. Sila daftar dengan menghantar nama penuh, ic, no tel ke : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdYPAVANCiOwWBvJHHpv05dqwLk2p7GYxwf086aRBhl-39iyw/viewform?usp=sf_link
.
Sekian untuk makluman,
.
Hafizal Ramli
Naib Presiden MSAF ( Paramotor)
Persekutuan Sukan Udara Malaysia
www.msaf.org.my/paramotor