Kepada semua ahli berdaftar MSAF (Paramotor),
Jemputan menyertai kursus dalam talian ‘Sport Administrators Course (SAC)’ anjuran Majlis Olimpik Malaysia (Percuma yuran jika ahli berdaftar NOC –MSAF)
Sekiranya Tuan / Puan berminat menyertai kursus ini, sila lampirkan surat pengesahan ahli kepada kelab / organisasi berdaftar di bawah MSAF. Setelah mendapat pengesahan berkenaan pihak MSAF akan mengeluarkan surat pengesahan dan sokongan menyertai kursus berkenaan.
Terus berhubung dengan VP Paramotor di www.wasap.my/60133397732/Daftar_sac
Sekian dimaklumkan.
Hafizal Ramli
Naib Presiden (Paramotor)
Persekutuan Sukan Udara Malaysia
www.msaf.org.my
_____________________________________
Setiausaha Kehormat/Setiausaha Agung/Setiausaha Eksekutif/Pengurus Besar/Ketua Pegawai Eksekutif
Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan gabungan MOM
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan bahawa, Majlis Olimpik Malaysia akan menganjurkan kursus dalam talian ‘Sport Administrators Course (SAC)’ mulai Jumaat, 2hb April 2021 hingga Ahad, 4hb April 2021.
Sehubungan itu, sekiranya pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan mempunyai calon yang berminat untuk menyertai kursus tersebut, sila klik pautan https://forms.gle/tFhEQeKfACMwrmabA untuk borang pendaftaran dalam talian bagi Sesi tersebut. Tarikh akhir pra pendaftaran adalah pada atau sebelum Isnin, 8hb Mac 2021.
Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen untuk Kursus SAC seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan selanjutnya:-
i. Risalah SAC
ii. Program
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 010-214 4064 atau melalui emel stephanie@olympic.org.my. Kerjasama serta sokongan daripada pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kursus tersebut amat dihargai dan diucapkan terima kasih.