Siri 2 – MSAF Kick Off

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (PERSUMA) telah ditubuhkan pada 3hb Mei 2003, hasil dari perbincangan 2 agensi kerajaan iaitu MIGHT (Aerospace Division) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) yang akhirnya menjadi Ex-Officio kepada PERSUMA.

Ia telah bermula sewaktu kepulangan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir dari Oshkosh, USA yang menyaksikan acara Fly In yang terbesar di dunia. YAB Perdana Menteri telah menyatakan hasrat agar Malaysia juga dapat menganjurkan acara Flyin seperti itu. Malaysia juga perlu memiliki sebuah Persekutuan yang menaungi dan membangunkan semua aktiviti Sukan Udara. Hasrat tersebut telah dizahirkan kepada MIGHT yang pada ketika itu dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Pada waktu yang sama, Sam Gibb dan James Gibb pula merancang untuk menganjurkan World Air Game (WAG) dibawah FAI di Malaysia. Mereka telah berjumpa dengan seorang pengamal media bernama En Zafarul untuk membantu mengrealisasikan hasrat mereka. En Zafarul telah membawa Gibb Brothers berjumpa Pengerusi Bahagian Aerospace di MIGHT, Kapten Rafiq bagi membantu mereka untuk menganjurkan WAG tersebut.

Kapten Rafiq merasakan ini adalah waktu terbaik untuk menubuhkan sebuah Federasi untuk menaungi semua sukan udara di Malaysia selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memartabatkan sukan udara di Malaysia. Beliau telah menyatakan perkara ini kepada Zafarul. Lanjutan dari perkembagan tersebut, Zafarul dan Gibb Brothers telah memulakan langkah bagi mengumpulkan penggiat sukan udara di Malaysia dengan menganjurkan A’Farmosa Flyin di Melaka. Mereka telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Flight Park Manager, Kapten Raveendran Subramaniam di A’Farmosa Flight Park. A’Farmosa Flyin telah berlangsung dengan jayanya menyaksikan kehadiran ramai penggiat sukan udara di Malaysia dari pelbagai disiplin. Antara yang hadir di Flyin tersebut adalah Kol (B) Zakaria Salleh, Kapten Amrul, Tengku Abdillah, Lt Kol (B) Basir Rahman, Dato’ Abdul Rahim Dahlan (Rahim King), Rohaizi Md Hussin dan lain-lain.

Setelah kejayaan penganjuran A’Farmosa Flyin tersebut, satu mesyuarat penaja telah dijalankan di Pejabat Sam Gibb di Megan Avenue 2, Jalan Yap Kuan Seng. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil pelbagai cabang sukan udara di Malaysia. Antara yang hadir adalah Zafarul, Sam Gibb, James Gibb, Kol (B) Zakaria Salleh (Penerbangan Am), Tengku Abdillah Tengku Hassan (Aeromodel), Dato’ Abdul Rahim Dahlan (Payung Terjun), Lt Kol (B) Basir Rahman dan Rohaizi Md Hussin (Paramotor), Kapten Khairuddin dan Larry Law (Lighter Then Air) dan beberapa orang dari pengurusan acara.

Beberapa perkara penting telah diputuskan dan dipersetujui sebulat suara semasa mesyuarat tersebut yang akhirnya menjadi sebahagian dari Perlembagaan Persekutuan. Pertama adalah cadangan dari pihak DCA, Presiden PERSUMA mestilah wakil dari Penerbangan Am dan calon Presiden mesti mendapat restu terlebih dahulu dari pihak DCA. Kedua adalah cadangan dari Rohaizi agar dihapuskan jawatan Timbalan Presiden dan semua wakil setiap disiplin menjadi Naib Presiden yang mewakili disiplin masing-masing. Satu Naib Presiden tambahan adalah Naib Presiden Pembangunan Perniagaan. Jawatan ini adalah bagi menjaga hal ehwal syarikat-syarikat yang berdaftar dengan PERSUMA. Ini bagi memberikan peluang samarata kepada semua wakil setiap disiplin dan syarikat untuk bersama di dalam Majlis Presiden.

Setelah Persekutuan Sukan Udara Malaysia sah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan, maka bermulalah untuk proses pembidaan untuk penganjuran World Air Game 2003. Pada ketika itu satu-satunya persatuan yang berdaftar dengan FAI adalah Persatuan Payung Terjun (FAI Non-Active Member) di bawah Dato’ Abdul Rahim. Bagi menyokong dan menjayakan proses pembidaan WAG, Dato’ Rahim telah dengan rela hari menyerahkan pendaftaran persatuan beliau di FAI bagi memberikan laluan kepada PERSUMA. Ini bermakna yuran keahlian FAI pertama PERSUMA adalah dibiayai oleh Dato’ Rahim. Ini telah sekali gus menjadikan PERSUMA dinaiktarafkan kepada FAI Active Member. Maka Malaysia telah layak untuk membida WAG bersama beberapa negara lain termasuk Poland.

Malangnya Malaysia telah gagal didalam pembidaan tersebut diperingkat akhir kerana Malaysia tidak mempunyai pengalaman menganjurkan pertandingan sukan udara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Pelbagai usaha telah dilakukan pada waktu itu termasuk cadangan mengajurkan Malaysia Air Game yang akhirnya juga menemui kegagalan. Lanjutan dari itu Zafarul telah menarik diri dari keanggotaannya di dalam PERSUMA.

Semasa Mesyuarat Agung pertama PERSUMA, Presiden dan semua Naib-naib Presiden Penaja telah dilantik sebulat suara sebagai Ahli Jawatankuasa Pertama PERSUMA. Manakala Jawatan Setiausaha Agung telah disandang oleh Sdr Rohaizi Md Hussin dan Bendahari oleh YM Tengku Abdillah Tengku Hassan. Disinilah bermulanya visi PERSUMA untuk membangunkan Sukan Udara di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Pertama PERSUMA/MSAF Kol (B) Zakaria Bin Salleh.

“Kemercu Angkasa”

Nota: Sekiranya terdapat sebarang kesilapan fakta atau maklumat tambahan sila hubungi saya. Terima kasih.

Perlesenan Aktiviti Udara di Malaysia

Pada 2017, Presiden KPM1M Rohaizi Md Hussin , telah mula menggerakkan usaha bagi membantu pihak CAAM membangunkan sistem perlesenan bersepadu melalui pembangunan Flight Operation Directive (FOD) dan Standard Operating Procedure (SOP)  bagi pelbagai cabang sukan udara di Malaysia. Namun begitu atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan antaranya proses Audit di CAAM maka usaha ini telah terbantut sehingga ke satu tempoh yang agak panjang.

Mesyuarat Perlesenan bersama CAAM

Semoga segala usaha yang sedang dijalankan oleh kepimpinan Presiden yang baru Saudara Haqimy akan membuahkan hasil.

“Kemercu Angkasa”

Siri 1 – MSAF In Early Days

1st MSAF President
Royal Kelantan Air Carnival 2004
The 1st Secretary
Royal Kelantan Air Carnival 2005

RKAC2007

Rohaizi Mengiringi Tuanku Al-Sultan Kelantan
Royal Kelantan Air Carnival 2007

Persekutuan Sukan Udara Malaysia yang ditubuhkan pada 2003 tidak mengambil masa yang lama untuk diangkat sebagai sebuah Persekutuan yang dihormati oleh masyarakat penggiat sukan udara di Malaysia. Setiausaha PERSUMA (MSAF) Sdr Rohaizi Md Hussin telah memainkan peranan yang sangat aktif bersama-sama Presiden Kol (B) Zakaria Salleh bagi memastikan PERSUMA diiktiraf sebagai penaung (governing body) sukan udara di Malaysia. PERSUMA melalui Setiausahanya telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang berprestij bagi meyakinkan penggiat sukan udara di  Malaysia bahawa ia adalah sebuah Persekutuan yang mampu menjulang Industri Sukan Udara di Malaysia.

Karnival Udara Diraja Kelantan 2004, 2005 dan 2007 merupakan satu-satunya siri karnival udara yang mendapat perkenan Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan Kelantan bagi menggunakan status Diraja. Ini telah meletakkan satu tanda aras tertinggi bagi Karnival Udara di Malaysia.

Karnival Udara yang melibatkan semua cabang sukan udara di Malaysia pada ketika itu dan badan-badan kerajaan seperti Polis, Tentera dan Bomba masih menjadi bualan rakyat negeri Kelantan sehingga hari in. Ia telah mencetuskan satu fenomena baru  khususnya bagi rakyat Negeri Kelantan serta rakyat Malaysia dan Indonesia amnya.

Segala usaha dan komitment yang tidak berbelah bagi serta disulami keringat yang mengalir akhirnya membuahkan hasil apabila PERSUMA benar-benar dihormati dan disanjungi oleh semua penggiat sukan udara di Malaysia.

Semoga Karnival Udara yang berprestij seperti ini dapat terus dianjurkan oleh MSAF  bagi memajukan sukan udara di Malaysia.

“Kemercu Angkasa”

(Tagline Persuma yang telah menjadi sejarah)

Nota kaki: “Biarkan Gambar Berbicara”

__________________________

Coming Up next : Siri 2 – “Buleleng Fly in 2006”

Rujukan : http://www.rsfc.com.my/BULphotos.html

Buleleng Fly In 2006
The biggest MSAF Aircraft Formation

MSAF AGM 2021-2023

     

Mesyuarat Agung Tahunan MSAF telah berjalan dengan lancar dan baik. AGM kali ini telah menyaksikan perubahan barisan kepimpinan MSAF yang agak besar. MSAF kini diterajui oleh orang Muda berjiwa besar Saudara Haqimy yang pastinya akan membawa MSAF ke satu tahap yang lebih tinggi didalam industri Sukan Udara tanah Air.

Didalam AGM pada kali ini juga menyaksikan Presiden KPM1M Sdr Rohaizi telah kembali semula di dalam barisan Jawatankuasa MSAF apabila terlantik sebagai Juruaudit 2.

Beliau yang merupakan diantara salah seorang dari barisan kepimpinan MSAF yang pertama hampir 20 tahun dulu kini menjadi satu-satunya AJK Senior yang masih berada didalam Barisan AJK yang baru terlantik.

Harapan KPM1M dengan terlantiknya Barisan Kepimpinan yang baru ini, MSAF akan terus maju di dalam memartabatkan Industri Sukan Udara Tanahair.

“Don’t Care What People Talk About You, BUT Care What You Talk About People” by 9M2RJ

Aktiviti Ahli Ahli (Gambar dan Video)

Aktiviti Ahli Ahli (Gambar dan Video)