Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor (Atlit & Marshall)

16/3/2021 (Selasa)

Jawatankuasa Pembangunan Pertandingan Paramotor MSAF telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pertandingan Paramotor: Atlit & Marshall Siri 2 dari jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini melalui aplikasi Google Meet yang dihoskan oleh Encik Andika Mountnear.

Semoga dengan usaha ini dapat menaikkan lagi mutu pertandingan paramotor di Malaysia pada masa akan datang.

Afif Azry

Setiausaha AJK Paramotor