Kursus Advanced Sport Management Course (ASMC)

Kepada semua ahli berdaftar MSAF (Paramotor),

Jemputan menyertai kursus ‘Advanced Sport Management Course (ASMC)’ anjuran Majlis Olimpik Malaysia (Percuma yuran jika ahli berdaftar NOC –MSAF)

Sekiranya Tuan / Puan berminat menyertai kursus ini, sila lampirkan surat pengesahan ahli kepada kelab / organisasi berdaftar di bawah MSAF. Setelah mendapat pengesahan berkenaan pihak MSAF akan mengeluarkan surat pengesahan dan sokongan untuk Tuan/Puan lampirkan bagi menyertai kursus berkenaan.

Terus berhubung dengan VP Paramotor di www.wasap.my/60133397732/Daftar_asmcMOM

Sekian dimaklumkan.

Hafizal Ramli
Naib Presiden (Paramotor)
Persekutuan Sukan Udara Malaysia
www.msaf.org.my
_____________________________________
Setiausaha Kehormat/Setiausaha Agung/Setiausaha Eksekutif/Pengurus Besar/Ketua Pegawai Eksekutif,
Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan gabungan MOM

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan bahawa, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menganjurkan kursus ‘Advanced Sport Management Course (ASMC)’

Kursus ini akan dijalankan dalam empat (4) sesi seperti berikut:
Sesi Pertama : 24hb hingga 26hb Mac 2021
Sesi Kedua : 5hb hingga 8hb Mei 2021
Sesi Ketiga : 12hb hingga 15hb Julai 2021
Sesi Keempat (Akhir) : 27hb hingga 30hb September 2021
Sehubungan itu, sekiranya pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan mempunyai calon yang berminat untuk menyertai kursus tersebut, sila klik pautan https://forms.gle/7MqZ1WQdQxW1Yewx5 untuk borang pendaftaran dalam talian bagi Sesi tersebut. Tarikh akhir pra pendaftaran adalah pada atau sebelum Jumaat, 5hb Mac 2021.
Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen untuk Kursus ASMC seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/tuan/puan selanjutnya:-

i. Risalah ASMC ‘Brochure’
ii. Borang Keperluan Tugasan ‘Assignment Requirement’

Sila ambil maklum bahawa terdapat satu pratonton program yang dijadualkan pada Isnin, 1hb Mac 2021 jam 10.30 pagi melalui Zoom Online Platform. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 010 214 4064 atau melalui emel stephanie@olympic.org.my untuk mendapatkan pautan dan kata laluan bagi menghadiri pratonton atau menelefon dua hari sebelum tarikh pratonton tersebut.

Pihak MOM akan memaklumkan permohonan yang berjaya melalui e-mel dua minggu sebelum tarikh mula kursus tersebut.

Kerjasama serta sokongan daripada pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kursus tersebut amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Author: paramotor

Hafizal Ramli Naib Presiden (Paramotor) Persekutuan Sukan Udara Malaysia www.msaf.org.my/paramotor