LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DALAM BIRO PARAMOTOR MSAF 2021

LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DALAM BIRO PARAMOTOR MSAF 2021

Alhamdulillah secara rasmi website Biro Paramotor MSAF telah berjaya diwujudkan pada 16 februari 2020. Begitu juga dengan penubuhan secara rasmi ahli jawatankuasa Biro Paramotor MSAF dengan surat surat pelantikan telah diedarkan pada 15 Februari 2020. Justeru, berikut adalah langkah seterusnya :

Perkara : Bengkel pengendalian website paramotor MSAF untuk para Content Contributor (live session)
Tarikh : 17 Februari 2020
Masa : 9.30 malam
Tempat : Online Google Meet : meet.google.com/oyh-paxr-kst
Fasilitator : HR
Keperluan : laptop / pc, internet, HP atau alat bantu komunikasi secara live session
Objektif : Di akhir bengkel ini para Content Contributor dapat mengemaskini aktiviti kelab / organisasi sendiri dalam www.msaf.org.my/paramotor
Kehadiran : Wajib

Perkara : Mesyuarat pertama jawatankuasa pembangunan pertandingan paramotor
Tarikh : 18 Februari 2020
Masa : 9.30 malam
Tempat : Online Google Meet
Keperluan : laptop / pc, internet, HP atau alat bantu komunikasi secara live session, contoh bahan berkaitan.
Objektif : Di akhir mesyuarat ad-hoc ini para ahli dapat menyediakan kertas kerja (jenis pertandingan, jenis kategori, bengkel / simulasi sebenar pertandingan, tarikh pertandingan) untuk dibawa ke mesyuarat bagi mendapat kelulusan induk MSAF dalam tempoh dua bulan.
Kehadiran : Wajib

Perkara : Mesyuarat pertama jawatankuasa pembangunan kompetensi paramotor
Tarikh : 19 Februari 2020
Masa : 9.30 malam
Tempat : Online Google Meet
Keperluan : laptop / pc, internet, HP atau alat bantu komunikasi secara live session, contoh bahan berkaitan.
Objektif : Di akhir mesyuarat ad-hoc ini para ahli dapat menyediakan kertas kerja (Sijil Tahap Kelayakan Pengendalian Paramotor) untuk dibawa ke mesyuarat bagi mendapat kelulusan induk MSAF dalam tempoh dua bulan.
Kehadiran : Wajib