MSAF & Rakan Sungai

Dalam usaha pihak Jawatankuasa MSAF mengembangkan komuniti sukan udara secara sihat serta dapat memberikan impak yang positif terhadap negara, satu kertas cadangan telah diusulkan bagi membentuk kerjasama antara pihak MSAF dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS).

 

Usaha ini telah disambut baik oleh pihak JPS dan kini MSAF secara rasmi diiktiraf sebagai salah satu ahli “RAKAN SUNGAI JPS”.

Laporan oleh En Muhammad Alias Ikhsan

APA ITU RAKAN SUNGAI ?

“Rakan Sungai” adalah terma bagi orang ramai atau NGO yang membantu pihak JPS secara sukarela, khususnya dalam hal aduan yang berkaitan pencemaran, pencerobohan atau apa sahaja tindakan salah laku yang berkaitan dengan sungai dan tasik demi menjaga kesejahteraan sumber air negara.

 

APAKAH PERANAN MSAF ?

Memandangkan MSAF merupakan antaran badan sukan udara yang aktif di Malaysia, MSAF secara tidak langsung berperanan sebagai “Mata Helang” kepada pihak JPS.

BAGAIMANA INGIN MENJADI RAKAN SUNGAI ?

Di setiap aktiviti sukan udara yang dijalankan oleh ahli-ahli MSAF, seandainya para penggiat sukan terlihat berlakunya sebarang aktiviti salah laku dikawasan pengairan dan saliran / fenomena alam  yang “meragukan”, para penggiat cuma perlu merakam gambar lokasi tersebut serta merekod koordinat lokasi / sebarang info yang berkaitan untuk dilaporkan dan diambil tindakan sewajarnya.

Bukti gambar dan info yang berkaitan boleh terus dilaporkan kepada para Ahli Jawatankuasa MSAF secara langsung atau melalui emel rasmi MSAF dan pihak MSAF akan menyalurkan terus maklumat yang diterima kepada pihak JPS.

Impak menjadi Rakan Sungai

IMPAK KEPADA MSAF

IMPAK KEPADA PENGGIAT SUKAN UDARA

Maka tidak diragui lagi bahawa peranan “Rakan Sungai” sememangnya memberi impak yang positif kepada MSAF dan para penggiat sukan udara tanah air. Semoga kerjasama ini diterima baik oleh semua penggiat sukan udara Malaysia.

JOM JADI RAKAN SUNGAI !

MAJULAH SUKAN UDARA MALAYSIA

PERSEKUTUAN SUKAN UDARA MALAYSIA
MALAYSIA SPORTS AVIATION FEDERATION